Selasa, 30 Disember 2008

KAWASAN CERUN TIDAK STABIL DI TAMAN DESA MELOR, SERENDAH

5 Disember 2008, Penduduk-penduduk Taman Desa Melor, Serendah hidup dalam keresahan akibat dari ketidak stabilan tanah di kawasan perumahan mereka, dimaklumkan terdapat rekahan yang membimbangkan dikawasan tersebut. Hasil dari aduan penduduk setempat YB Mohd Isa bin Abu Kasim Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Batang Kali telah turun padang meninjau kawasan berkenaan secara lebih dekat. Pihak bertanggungjawap atas kawasan ini telah mengesahkan, bahawa kawasan ini tidak selamat diduduki tambahan lagi di musim hujan beberapa hari ini. Seramai 34 keluarga telah dikenalpasti kawasan rumah mereka tidak selamat untuk diduduki. Menurut YB Mohd Isa Abu Kasim ADUN Kawasan ini, beliau akan membawa nama-nama keluarga yang terlibat ini ke pengetahuan pihak persekutuan bagi menyalurkan bantuan.

1 ulasan:

HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR