Selasa, 21 April 2009

Rabu, 4 Mac 2009

PINDAH PEJABAT

Dimaklumkan bahawa Pejabat ADUN kawasan Batang Kali sudah berpindah ke alamat berikut:
PUSAT PERKHIDMATAN ADUN BATANG KALI
No.7, Jalan Emas 2, Taman Emas,
Batu 30, Hulu Yam Lama,
44300 Batang Kali.
Segala sambungan telefon/fax/internet.. tidak boleh diperolehi sementara waktu, kerja-kerja taknikal sedang diuruskan, walau bagaimana pun semua Urusan boleh dibuat melalui Pegawai dan kakitangan Pejabat DUN sebagaimana berikut:
0193287878 - Encik Hanif bin Tuaman ( Perancangan/Pengurusan )
0192313264 - Encik Jailani bin Ali ( Seranta )
0122771108 - Encik Mohd Adha bin Zainal Aznam ( Pembangunan )
0122763892 - Encik Omar Al-Khatab bin Kasim (Tugas-Tugas Khas )
0136697904 - Encik Mat Bain bin Dahalan ( Setiausaha Kerja )
0193935810 - Cik Mardiana binti Ramly ( Pentadbiran )
0192781701 - Encik Muhammad Khairull Nizam bin Abdullah, PJK ( Pembantu Peribadi )
0142677076 - Encik Khairi bin Abdullah ( Teknologi Maklumat )
WAKTU URUSAN PEJABAT:
9.00 pagi - 5.00 Petang ( Isnin hingga Jumaat )
9.00 pagi - Hari Bertemu Rakyat bersama YB Batang Kali (Jumaat sahaja)

Rabu, 31 Disember 2008

Mohd Isa bin Abu Kasim
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor
SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1430
DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009


Dengan penuh kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Pada kesempatan ini saya mendoakan kesejahteraan tuan/puan sekeluarga. Semoga tahun baru ini akan memberikan makna dalam perjuangan kita untuk agama, bangsa dan Negara. Marilah kita menguatkan tekad, berazam berkhidmat dengan penuh tanggung jawab untuk melaksanakan amanah dan mandat yang diberi ahli parti, dengan penuh keinsafan demi masa depan bangsa dalam
MEMPERKASAKAN UMNO DAN MEMARTABATKAN AGENDA MELAYU.
InsyaAllah, keikhlasan kita, dirahmati Allah swt.

Selasa, 30 Disember 2008

KAWASAN CERUN TIDAK STABIL DI TAMAN DESA MELOR, SERENDAH

5 Disember 2008, Penduduk-penduduk Taman Desa Melor, Serendah hidup dalam keresahan akibat dari ketidak stabilan tanah di kawasan perumahan mereka, dimaklumkan terdapat rekahan yang membimbangkan dikawasan tersebut. Hasil dari aduan penduduk setempat YB Mohd Isa bin Abu Kasim Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Batang Kali telah turun padang meninjau kawasan berkenaan secara lebih dekat. Pihak bertanggungjawap atas kawasan ini telah mengesahkan, bahawa kawasan ini tidak selamat diduduki tambahan lagi di musim hujan beberapa hari ini. Seramai 34 keluarga telah dikenalpasti kawasan rumah mereka tidak selamat untuk diduduki. Menurut YB Mohd Isa Abu Kasim ADUN Kawasan ini, beliau akan membawa nama-nama keluarga yang terlibat ini ke pengetahuan pihak persekutuan bagi menyalurkan bantuan.

HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR